SETIAP kita dibesarkan dalam suasana berbeda. Begitu juga dengan pendidikan yang kita lalui juga tidak sama antara satu sama lain. Memahami hakikat ini amat penting untuk kita dapat hidup aman damai, bersatu padu tanpa perlu bermusuhan dan bercakaran kerana disebabkan persekitaran kita dibesarkan, dan pendidikan yang kita lalui membuatkan kita mempunyai perspektif yang berbeda apabila menilai dan memberi pandangan terhadap setiap isu yang timbul. Ini benar untuk semua hal dalam kehidupan ini. Ini tidak bermakna kita menyokong faham “relativisima” atau nisbi yang beranggapan bahawa tiada kebenaran mutlak kerana semuanya bersifat relatif.
Al-Qur’an menyebut berhubung dengan perbezaan pendapat ini melalui Surah Hud 118-119, mafhumnya: “Jikalau Tuhanmumu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka … .”
Dari Blog Ikim FM
0 comments:
Post a Comment