Tuesday, 31 January 2017

Metafora Semut

No automatic alt text available.

Sekumpulan semut hitam berusaha menjunjung sebuah mangkuk kecil berisi cendol pulut. Untuk membantu Kampung Semut yang dilanda Kehabisan Stok Makanan. Mereka menjunjung beramai ramai dengan sopan dan sabar ....sudah hampir ke separuh perjalanan.
Sekumpulan semut semut api merah dan kerengge sado melihat perarakan semut....dan masuk ke dalam kumpulan itu dengan tujuan ingin sama mengangkat cendol pulut. Tapi disebabkan kerengge itu sado dan semut api merah semua belajar ilmu silat terjun tingkap, maka mereka merempuh masuk kedalam barisan, menolak nolak, mendabik dada dan mengarah arah semut semut lain . Maka kucar kacirlah barisan semut itu, ada yg terseliuh, ada yg melatah, gagap, marah, pengsan dan sebagainya..... Semut api dan Kerengge pulak bergaduh siapa nak pegang depan , belakang atau tepi.
Akhirnya, semut hitam semua cedera di pijak. Mangkuk habis jatuh berderai masuk ke longkang dgn isinya.
Penduduk kampung semut semua mati kebulur tak makan sampai ada yg kawan dgn jin.
Si semut api merah melepek kebulur,
Kerengge berlatih sit up selagi boleh,
dan semut hitam banyak yg kojol dan gila isim.
Semua GOL MAL....
APAKAH TAULADAN DAN METAFORA TERSEBUT ANAK ANAK ?

0 comments:

Post a Comment

Theme Support

Popular Posts

Text Widget

Blog Archive