Saturday 28 January 2017

Pentas Mahsyar

Pentas Masyar rasanya lebih penting dan menggegarkan jiwa dari Pentas Dunia. Nafas dunia semakin pendek, peristiwa yg berlaku di Syria dan bsnyak lagi acara yang dah jadi signal akhir zaman - sebijik seperti dibawa Quran dan Hadith (untuk yg nak baca, kaji dan faham). Kita masih dibisik, eleh, lambat lagi, tu semua taksub dan konspirasi. Nanti dah sampai seru aku buatlah.
Masalahnya, memang dah depan mata. Cuma taknak berfikir. Kita disibukkan dengan nak membawa itu dan ini ke pentas dunia. Andai kebenaran dibawa ke pentas dunia? Bahawa kiamat akan tiba? Kita akan ditertawa? Andai patut lebihkan sibuk ke pentas Masyar? Kita dipoyokan beramai ramai? Bukankah memang itu situasinya diakhir zsman bila majoriti akan menentang yg betul? Bukankah penentangan itu juga satu tanda?
Aqqala Takaffaru
Ps - apa yg kita nak tunjuk dan bawa untuk dipersembahkan di hadapan Juri Agung di Pentas Masyhar...siji? Akaun bank? Gelaran? MotoTriumph hijau bertayar offroad? Beg Paris? Trofi dan Piala? Nombor ahli Profima? Plate nombor kawin? Jenama Itali ? Sijil Simpanan Premium? Surat LO dari TV stesen memberi anda slot 200 jam produksi???? Senarai album atau filem yang anda dah buat???
Tanah yang dicollect tanpa hak? Zakat yg banyak tanpa solat? Solat yg banyak tanpa Iman dan Amal. Harta yg berjuta? Jubah dan Tudung mahal? Tasbih mewah? Koleksi ayat Quran yg diletak didinding tapi tak pernah nak faham dan diamalkan? Tanda di dahi akibat berat kepala ketika sujud tapi masih menunggu duit Rasuah? Atau Sejadah mahal yg ada Memory Foam yg dibuat dari kulit Kambing Gunung dan disulam benang emas sebagai tanda kusyuk beriman tapi masih tak cukup 5 waktu..... atau Berkotak Air Gelombang Azan untuk halau Jin dan sembuh penyakit tapi time Azan takde kesan pun nak ke surau atau solat di rumah???
Apa yg kita nak bawa di Pentas Masyhar?????
Peringatan keras untuk diriku dan keluargaku juga.
Like
Comment

0 comments:

Post a Comment

Theme Support

Popular Posts

Text Widget

Blog Archive